arak? emas? hadiah?

February 3rd, 2010 by jeman No comments »

aku nak kongsi dengan korang, gambar yang aku ambik dari keratan akhbar The Star(isteri aku yang bawak,korang ingat aku baca paper omputih ke,gila hapa). jadi, dari hasil pengamatan aku, bukan aku atau orang perseorangan aje yang gila emas. syarikat-syarikat besar pun dah pandai dalam marketing strategi diorang.

contohnya macam syarikat GAB (syarikat minuman yang ber alkohol tinggi,lu pikirla sendiri) diorang menawarkan hadiah dalam bentuk emas woo…. bukan kecik-kecik emas, sekilo emas tu….fuh. tapi aku bukan lah suruh korang minum arak supaya boleh masuk peraduan tu….hehehe. korang boleh tengok gambar kat bawah ni.

03022010329

 
yang gambar kat bawah ni pulak, bank CIMB pulak yang buat penawaran hadiah dalam bentuk emas, bagi mereka yang bertuah bila buat deposit ngan bank nih. hadiah pertama sekilo gak tu. hadiah kedua ngan ketiga lantak diorang la…aku cuma tengok yang hadiah emas tu je.

 03022010328

  

 

kat sini aku nak simpulkan, semakin ramai orang tertarik dengan benda emas nih. kepada korang yang masih liat atau tak faham lagi tentang emas ni…..rasa-rasa sampai bila korang nak tunggu kefahaman korang sampai? hahahahaa…. 

nota tambahan:  korang tak perlu la masuk peraduan yang kena beli arak haram jadah tu, ataupun buat deposit duit banyak-banyak dalam bank tu.
sebab ada cara yang lagi senang dan tak berdosa, caranya ialah dengan membeli emas dari aku aje, kan senang dan mudah tu. hehehehe.

 

 

 

yang benar,
jeman.

 

 

seminar perniagaan dan pelaburan emas.

February 2nd, 2010 by jeman No comments »

sesiapa yang nak atau berminat nak jadi agen bawah naungan aku a.k.a jeman atau berminat dalam pelaburan emas, dijemput datang ke seminar ni ya.

 

 Tarikh : 4 Feb 2010 (khamis malam jumaat)

Masa : 8-10 malam

Tempat :KL Branch Public Fine Gold International Sdn Bhd 42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor) Mentari Business Park, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

 

sila bagi nama kat aku ya….dengan sms di 019 640 2315

 masuk PERCOME.

ku dambakan kasih sayangmu

February 2nd, 2010 by jeman 3 comments »

pertama sekali sebelum aku panjangkan hujah aku kali ni……aku nak gelak kuat-kuat…..keh3, bukan sebab apa, aku rasa pelik aje bila tengok tajuk posting kali ni. jiwang habis.
ceritanya macam ni…aku sebelum ni….macam malas aje nak update blog dan buat posting baru, aku sebelum ni sama gak macam orang yang datang kat blog aku…jadi silent reader, mengharap, ada ke komen baru, ada ke orang nak borak kat shout box aku. hmmm…bila takde apa-apa perubahan, aku pun pegila menyibuk kat FB pulak…..tu yang jadi malas nak meng update tu.
aku pernah merasakan yang aku banyak buat posting syok sendiri kot, tu yang takde orang baca. itu tekaan aku la…korang tak yah la teka lain pulak.
TETAPI! selepas aku berjumpa dengan beberapa orang pelanggan/customer/pembeli aku, aku mendapat tahu dari diaorang, yang mengatakan, mereka sebenarnya ada membaca/menjengok/menelek hasil tulisan merapu aku dalam blog ni, hahahahahaha….baru ku tahu. sebab tu tajuk posting aku kali ni sungguh hebat, walaupun tak sangkut paut dengan imej sengal aku, tapi tajuk tu aku perlu gunakan untuk menunjukkan perasaan aku.
hahaha…aku gumbira, ada orang baca posting aku.
dan selepas aku cuba baca balik apa yang aku tulis sekarang ni, rupan-rupanya, takde apa sangat pun aku nak bagitau, tetapi, aku berjaya menambah satu lagi posting baru yang tak kurang hebatnya dari posting yang sebelum ini……hahahahahaha…aku memang hebat.

 

(merbahaya,ini adalah racun, tidak sangkut paut dengan cerita diatas)

(merbahaya,ini adalah racun, tidak sangkut paut dengan cerita diatas)

p/s: sesungguhnya, aku rasa bangga dengan posting diatas.

bukti

January 27th, 2010 by jeman 2 comments »

kali ni aku nak tunjuk gambar, gambar ni menunjukkan, pengesahan aku sebagai Master Dealer Public Gold. jadi lepas ni bila orang tanya aku, ‘ko ni master agen yang tulin ke?’ aku akan jawap,’tulennn bangggg……’

 

27012010326

27012010325

 

jadi kepada anda yang nak jadi normal agen tu, cepat-cepatlah call aku …. walaupun aku ni nampak sengal, berlagak dan sombong…tapi aku sebenarnya adalah orang yang baik hati dan penyayang…hahahaha.
hubungi aku di 019 640 2315.

Sekian terima kasih.

Public Gold di TV1, ini serius punya bisnes woo..

January 21st, 2010 by jeman No comments »