Aku dan komputer

September 26th, 2009 by jeman Leave a reply »

Aku nak cerita sikit pasal komputer, kalau mengikut sejarah yang lepas beberapa tahun yang telah berlalu. Aku dahulunya tergolong dalam kategori jahil komputer , dalam bahasa sedikit keras buta komputer. Setakat pegang-pegang tu biasa la waktu dulu-dulu. Lagi pun aku punya bidang bukannya guna komputer jadi aku pun tak de la sibuk nak ambil tahu.
Tapi kadang-kadang aku ada juga teringin nak tahu, nama pun manusia perasaan nak tahu tu ada. Jadi apa bila perasaan nak tahu tu membuak-buak aku dengan menebalkan muka saja-saja tanya itu ini dengan kawan aku yang kerjanya asyik guna komputer. Tetapi dengan muka selamba diketawakannya, oh tidak mengapa suatu hari nanti pasti aku boleh.

Benarlah apa orang kata jika ada kemahuan pasti ada kejayaan, walaupun memakan masa agak lama, aku kini bukan sahaja sudah boleh tetapi blog pun dah ada, syukran. Malah kini aku ada sebuah laptop dan desktop yang berjenama untuk memudahkan kerja-kerja online ku.

“Melabur emas lebih baik dari membeli barang kemas”

Advertisement

2 comments

  1. etomyam says:

    tahniah bro…lepas ni makin maju dan makin luas sayap perniagaan dengan dunia online nih

  2. jeman says:

    terima kasih bro….mudah mudahan dapat menambahkan ilmu lagi nih

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree