aku ni jadi agen?

January 15th, 2010 by jeman Leave a reply »
 

 

 

posting aku kali ni adalah kesinambungan dari posting aku sebelum ni yang bertajuk ‘kronologi belian emas pertama aku’

 

BULAN PERTAMA JADI AGEN:

ok camni ceritanya, bila selepas aku dengan rasminya telah menjadi agen atau dealer Public Gold yang sah, aku jadi blur, sebab aku tak tau macam mana nak mulakan langkah pertama aku sebagai agen Public Gold ni.

tahap ke ‘blur’ an aku berpanjangan sehingga membawa sebulan lebih, dalam waktu tu aku langsung tak buat sales. punyala sedih.

 

so pada suatu hari, pokli call aku, ‘wei man, emas ko dah ada orang beli belum?’ dengan selamba nya aku jawab ‘belum lagila pokli’

lepas tu pokli keluarkan ayat power ‘dah nya ko tak jual, macam mana orang nak beli’. Fuh! memang best ayat tu, aku terus macam baru tersedar dari mimpi. hahahahaha…ye tak ye jugak ek, camne orang nak beli kalau aku tak jual? sah memang sengal aku ni.

 

BULAN KEDUA JADI AGEN:

bermula dari hari tu, aku pun mula la jaja dengan semua orang tentang apa yang aku buat sekarang ni. bila jumpa orang je aku akan cakap, ‘woi, tak nak beli emas dari aku ke?’ (ayat memang kasar habis)…… tapi yang bestnya, berkesan jugak taktik aku tu.

 

pastu aku terpikir, takkan aku nak guna taktik jaja guna mulut sampai tua? aku pun pegila mengendeng dengan isteri aku, agar meminta sedikit belas kasihan dari dia supaya membuatkan aku sebiji blog( aku ni sebenarnya buta dan pekak IT)

 

bila dah ada blog sendiri, blur aku datang balik, hahahha…camna la nak buat script, macam mana pulak nak ubah warna, semua tu memang benda baru bagi aku. tapi takpe, aku bersyukur, sebab aku tau aku ada ramai kawan yang boleh tolong aku dalam benda ni, so dengan jasa baik kawan-kawan aku seperti poklimahsuri dan sabri ahmad , aku dapat belajar serba sedikit tentang cara-cara nak mem blog kan diri aku ni.

 

BULAN KETIGA JADI AGEN:

masuk bulan ketiga, alhamdulillah, sale aku makin meningkat, sebab dengan adanya blog tersebut, sedikit sebanyak, ianya membantu aku dalam memasarkan emas aku nih. hehehehe. dan yang bestnya, ramai customer yang beli emas dari aku,adalah orang yang aku tak kenal, dan aku tak perlu nak berbuih mulut terangkan tentang emas nih.

 

sebab, apa yang aku nampak, semua orang tahu tentang emas, so, taklah banyak sgt kerja aku. aku cuma terangkan berkenaan company public gold, proses cara nak beli emas nih, keistimewaan beli emas, dan lain-lain lagilah.

 

BULAN KEEMPAT JADI AGEN

untuk chapter bulan keempat, aku telah berjaya mencapai target jualan yang membolehkan aku menjadi master agen. waaaaaa….aku memang tak sangka orang sengal macam  aku boleh jadi master agen.hahaha lucu betul. bila dah jadi master agen makin best. sebab komisen aku dah makin tinggi. fuhhh.

 

dan sekarang, kehidupan aku sebagai master agen telah bermula, dan mengharap dapat menempuhi cabaran di hari mendatang.

 

*aku rasa aku nak stop kat sini dulu, sebab aku tengok macam dah panjang je posting aku, sampai aku sendiri pun bosan nak baca.

dan harapan aku lepas ni, aku nak buat sebuah buku, berkenaan perjalanan aku sebagai agen public gold yang ada 1000 muka surat bersaiz buku 555, dan hanya di print sebelah muka surat aje. jadi, tunggulah kemunculan buku yang tak akan muncul ter sebut. terima kasih.

 

 

Advertisement

1 comment

  1. hebat!

    itulah bukti jika mahu berjaya mesti berusaha..tak kiralah bagaimana pada awalnya bermula, walau tidak celik computer tidak bermaksud tidak boleh berjaya…hanya perlu cari..cari..cari sampai dapat

    bisnes melalui internet memang memudahkan

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree