Archive for the ‘Dinar’ category

fikirla sendiri

January 2nd, 2010

kalau anda semua fikirkan, kenapa boleh terjadi negara yang terlalu miskin atau fakir miskin? adakah mereka itu pemalas? atau adakah mereka itu bodoh? bagi aku, itu bukan jawapannya.

cuba anda bayangkan, jika semua urusniaga dijalankan dgn menggunakan dinar(emas) & dirham(perak), dan digunakan di seluruh dunia, kita tidak akan menghadapi masalah perbezaan matawang.

kita ambik contoh, jika penggunaan dinar & dirham di gunakan di seluruh dunia. kalau di afrika sekilo beras bernilai satu dirham, di malaysia,usa,kanada juga bernilai satu dirham. kita ambik lagi satu contoh, anda bayangkan, kalau dinegara kita, bekerja sebagai seorang tukang kebun, dan pada hujung bulan tukang kebun tu dibayar dengan 5 dinar, dan di Indonesia, jawatan tukang kebun dibayar dengan kadar yang sama sebanyak 5 dinar. apa yang aku cuba nak cakap kat sini adalah, kita membayar pada nilai yang sama,kemahiran yang sama.

jadi, takdelah masalah perbezaan nilai matawang. dan,takdelah masalah ekploitasi ‘FIAT MONEY’

jemputan majlis ilmu

November 6th, 2009

ok, di sini aku nak buat pengumuman sikit, ada majlis ilmu yang akan diadakan di uia, pada hari selasa,10 november 2009.pembesar suara/speakernya adalah dr.Umar Ibrahim Vadillo. anda semua dijemput hadir. sila klik gambar di bawah untuk detail yang lebih jelas. atau anda boleh lihat di blog cik mimi disini

http://anordinarygirlyourordinarygirl.blogspot.com/2009/11/invitation.html

handbill

kemasukan adalah percuma, jadi jemputlah datang ye

borak-borak kosong

November 1st, 2009

29 oktober 2009 pukul 10.30 malam.
malam tu aku dan isteri ada membuat lawatan sambil minum-minum dan curik-curik belajar ke rumah makcik nik mahani,tujuan sebenar ialah nak jumpa cik mimi sebenarnya, tapi aku ambik kesempatan nak tanya lagi pada makcik mahani, cerita tentang dinar dan perkembangannya. kat bawah ni aku listkan, perkara yang kami ‘borak-borakkan’:

Hasil perbincangan dengan makcik mahani semalam aku dapat berfikir punca sebenar kpd masalah utama yg dihadapi banyak Negara kat dunia sekarang (chewah, percakapan gaya seorang menteri).

kenapa masih wujud kemiskinan di zaman serba canggih. Ambik contoh tanahair kita sendiri, ada lrt, erl, airbus (now everyone can fly…tapi x semua kan?), hypermarket, shopping complex merata2, tapi kenapa masih ada rancangan Bersamamu TV3? Adanya Bersamamu membuktikan masih wujud saudara2 kita yang sampai ketahap lebih teruk dari kais pg mkn pg, kais ptg makan ptg. Kenapa masih ada ‘kasta’ dlm masyarakat kita? Terlampau kaya, kaya, sederhana, miskin, terlampau miskin?

Aku jumpa jawapannya semalam. Aku jumpa penyelesaian kpd sindrom miskin ni semalam. Solution yang tepat ialah “zakat harus dilaksanakan dalam bentuk dinar dan dirham”.

Kenapa aku ckp mcmtu? Sebenarnya bukan aku yang bagi jawapan tu. Syariah islam dah prepare jawapan utk kemelut kemiskinan ni. Kenapa zakat perlu dalam bentuk dinar/dirham bukan dalam bentuk duit kertas, cek berpalang, melalui potongan gaji dan yang seumpama dengannya? Kenapa dinar/dirham?

Jawapannya senang, sebab benda-benda yang tersebut diatas tidak bernilai. Amboi, senang sungguh jawapan aku kan? Cuba pegang betul2 duit yang berkepuk2 dalam wallet korang tu? Buat daripada apa? Kertas kan? Cuba rasa betul2, duit RM1 dengan duit RM100, kertas yang sama kan? So, tang mana ‘value’ duit tu wujud kalau RM1 dengan RM100 guna kualiti kertas yang sama?

Tang proses ‘dipaksa-percaya’ or dalam bahasa omputihnya ‘make-believe’. Kita di paksa utk mempercayai yang kertas boleh bernilai RM1, RM5, RM10, RM50, RM100… berbagai2 nilai walaupun menggunakan kertas yang sama. Kita dikaburi dan termakan kata dengan bank Negara yang meyakinkan kita bahawa “WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI… dot dot dot”.

Maka bayarlah kita zakat menggunakan duit kertas, dari zaman airport subang yang sekangkang kera sampailah ke zaman klia yang canggih tahap gaban, kita masih jugak bayar zakat (guna duit kertas jugak). Tapi, korang perasan tak? Time mula2 proton keluarkan proton saga, takde pon rancangan Bersamamu? Kenapa time proton sampai dah keluarkan MPV arini, makin byk program2 yang selevel dengan Bersamamu? Bukan ke itu menunjukkan kemiskinan semakin menjadi? Kenapa jadi macamtu? Pakar ekonomi akan kata ‘sebab nilai matawang kita jatuh’. Mungkin pakar ekonomi ni pernah escape kelas time belajar dulu. Macamana lah dia boleh nilai kan duit dengan kertas, aku pon tak tau.

Cuba imagine zakat dibayar dalam bentuk dinar (emas) dan dirham (perak). 2 logam yang jelas sifatnya dan nilainya. 1 dirham di zaman Rasulullah SAW membolehkan orang di zaman itu membeli seekor ayam. 1 dirham zaman sekarang pon MASIH BOLEH beli seekor ayam. Tak pecaya? Betul, nilai 1 dirham sekarang bersamaan dengan ±RM10.00 , kan boleh beli sekor ayam? Beza zaman Rasulullah dengan sekarang ialah 1400 tahun tau.

Cuba twist sikit. RM1 hari ini ditahun 2009 bole beli apa kalau nak dibandingkan pada tahun 1989? Tahun 1989 aku pegi sekolah bawak duit 30 sen bole beli nasi lemak air sirap dalam cawan plastic. RM1 ialah belanja sekolah untuk 3 hari. Hari ini, nasik lemak RM1 ialah nasi lemak seciput, bilis seciput, telur dadar tipis gila, timun kdg2 ada kdg2 xde.Kenapa bole jadi mcmtu? Sbb nilai matawang kita jatuh? Salah, sebab matawang kita x bernilai. Beza cuma 20 tahun. Bayangkan kalau 1400 tahun dulu? Kalau ikut kata pakar ekonomi, aku rasa 1400 tahun lepas RM1 bole beli rumah kot. Betul x?

Ok skrg cuba luaskan sikit lagi konteks pemikiran kita, bukak sikit lagi, kupas lagi. Awal2 tadi kan gaya cerita dah macam menteri. Menteri mestilah bersifat globalisasi. Ok, awal2 tadi aku ckp masalah kemiskinan kat tanahair kita bole diatasi malahan dihapuskan dengan perlaksanaan zakat dalam bentuk dinar/dirham kan? Sekarang kalau aku cakap system ekonomi dunia boleh dipulihkan dan kita semua akan hidup aman damai kalau matawang satu dunia (bukan 1Malaysia shj) menggunakan 1 matawang yang seragam iaitu dinar & dirham, korang nak percaya x?

Ambik satu contoh. Kenapa wujud European Union? Kenapa wujud matawang Euro? Kewujudan matawang Euro telah melenyapkan 16 matawang lain dunia. Mana ada dah kita dengar duit nama lira, franc, koruna… semua dah diganti dengan Euro. Kenapa 16 negara2 ni bersetuju bersatu menggunakan 1 matawang iaitu Euro?

Sebab mereka mahu ekonomi Negara mereka bertambah maju. Mereka tak mahu dibayangi kuasa gergasi USD. Bukankah bersatu bertambah mutu? Betul. Negara2 EU dah membuktikan mereka boleh eliminate kadar tukaran wang asing, sbb skrg masing2 guna currency yang sama. Bila dah eliminate kadar tukaran wang asing, pertumbuhan ekonomi semakin berkembang, import eksport lebih mudah, peluang pekerjaan bertambah banyak dan mcm2 perkara positif yang timbul hingga menjadikan Euro the 2nd most powerful currency in the world (USD masih no1).

Cuba fikir kenapa warga Indonesia sanggup naik tongkang minum air laut masin semata2 nak dtg cari rezki halal kat Negara kita? Boleh diibaratkan gaji kerani yang duduk mengadap pc dalam opis ada air-cond setaraf dengan gaji diorang yang kerja kat tgh panas, banting tulang 4 kerat. Sebab apa? Sebab diorang percaya pada kadar tukaran matawang yang akan menguntungkan bilamana mereka membawa balik RM untuk ditukar dengan Rupiah.

Bayangkan alangkah indahnya dunia kalau semua Negara dunia mengamalkan 1 currency yang seragam, mcm yg negara2 EU buat. Dan alangkah masyuknya kalau matawang itu ialah dinar & dirham, emas dan perak, bukan duit kertas yang tertulis USD, Pound, RM, Yen dan sewaktu dengannya. Takde lagi orang Malaysia merempat duduk bawah jambatan, takkan ada kanak2 Afrika yang kebuluran, takde dah orang Jepun bunuh diri akibat stress kerja keras tapi x kaya2 jgk.

Fikir2kanlah.

jenis-jenis emas public gold dalam bentuk video

October 24th, 2009

Perkenalkan Dinar-Dirham.

October 18th, 2009

terjumpa artikel ni semasa melayari isnet. saya rasa elok kita kongsi bersama

Perkenalkan Dinar-Dirham.

1 dinar (emas 916/22K) = 4.25g

1 dinar (emas 916/22K) = 4.25g

Dr Hakimi Ibrahim. Utusan Malaysia: Rencana (06/10/1998)

APAKAH yang tersirat di sebalik laungan reformasi sekarang? Laungan-laungan itu tidak pun disertai dengan ajakan untuk reformasi sistem kewangan yang dibelenggu oleh pengamal riba.

Soros, Cohen, Camdessus, IMF dan konco-konconya patut diperangi.

Kita perlu mengenal musuh dan mengetahui kaedah peperangan riba yang pada peringkat awal ini hanya menggunakan indeks-indeks pasaran yang diperjudikan.

Perdana Menteri kita Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad lebih terkehadapan dengan membuat reformasi kewangan yang besar ke arah membebaskan diri dari cengkaman ahli riba termasuklah menyisihkan mereka yang kelihatan bagaikan bersimpati dengan parti riba seperti IMF.

Sementara itu wacana islamisasi ilmu dan sains telah menjadi seiring dengan islamisasi bank dan lain-lain instrumen dalam sistem kewangan Barat.

Label-label yang lebih bermoral dalam sistem kewangan digunakan dengan niat baik tanpa menyedari bahawa wang yang digunakan itu adalah wang yang boleh dijual beli, dispekulasi dan diturun naikkan nilainya serta tiada sandaran emas lagi.

Pendek kata wang sekarang tiada nilai hakiki dan telah menjadi suatu komoditi. Wang untuk beli wang. Proses islamisasi pula terperangkap dalam islamisasi institusi dan bukan mengislamkan insan.

Jika wang sudah menjadi komoditi maka tidak hairanlah perkara-perkara seperti pendidikan dan perubatan pun menjadi komoditi. Selagi wang sebagai komoditi tidak dihalang maka jangan haraplah isu seperti pengkomoditian pendidikan boleh diselesaikan kerana yuran universiti pun menari mengikut rentak indeks mata wang. Imej baik seseorang pun lazim dikomoditikan terutama oleh pihak media dan sesetengahnya mengidolakan imej tersebut.

Imej baik menyebabkan seseorang itu tidak boleh salah kerana dia kelihatan terlalu baik.

Tanpa disedari umum menjadikannya seorang model seperti mana Diana diidolakan dalam idealisme Cinderella. Idealisme dan moraliti seseorang mungkin dipertaruhkan dan mungkin dipertuhankan. Awasilah isme dalam idealisme atau moralisme. Mungkin sekarang kita sedang melihat Anwarisme pula.

Sekarang adalah masa untuk membuang imej diri sesiapa pun yang nampak seolah-olah bersekongkol dengan parti riba. Kita mahu lepas bebas dari pengaruh Cohen, Camdessus, Rubin, Soros dan polisi riba IMF. Kita mahu bebas dari pengaruh luar. Kita mahu sistem wang yang benar-benar bebas.

Anwar mungkin berniat baik. Mungkin beliau mahukan proses pemoralan atau islamisasi bank dilanjutkan kepada islamisasi IMF walaupun polisi riba IMF lebih mencengkam. Walau bagaimanapun selagi beliau tidak melihat kepentingan dinar emas dan dirham perak yakni wang yang terdapat dalam wahyu Ilahi maka selagi itulah konsep islamisasinya tidak memberi sebarang makna langsung.

Kita mesti memahami bahawa kita dalam keadaan ‘perang riba’ sebagaimana periystiharan perang oleh Allah dan Rasul-Nya di dalam al-Quran terhadap pengamal riba. (Lihat surah al-Baqarah ayat 278/9).

Niat baik sahaja tidak cukup kerana kita mungkin terperangkap dalam jerat riba. Kita tidak mengatakan seseorang itu ahli riba tetapi yang penting kita mesti jauhkan diri dari parti riba. Bandingan keburukan yang Allah berikan tentang riba adalah sangat dahsyat seperti yang dinyatakan dalam hadis berikut.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Riba ada 70 bahagian. Yang paling kecil bersamaan dengan seorang lelaki berkahwin dengan ibunya sendiri”. (Ibn Majah, Baihaqi). Abduh (1845-1905) mahu memodenkan sistem kewangan Islam apabila menfatwakan halalnya faedah dari wang simpanan. Kemudian muridnya Rashid Redha telah meneruskan kepercayaan tersebut seperti tulisan-tulisannya dalam al-Manar.

Abduh bermula dengan menghalalkan (islamisasi) faedah bank dan sekarang ramai pula beranggapan islamisasi bank dan bursa saham sudah memadai dalam menghadapi riba. Adakah riba Islam?

Kita tidak bermaksud mengatakan semua orang menghalalkan riba dan begitu juga dengan gerakan Islam yang ada. Tulisan ini ingin juga menghuraikan tentang ‘pengaruh kefahaman’ tentang riba yang bermula dari Abduh menghalalkan faedah bank dan seterusnya di era ini segolongan para korporat baru Islam merasa sudah cukup dengan melabelkan bank dengan nama yang bermoral. Bursa-bursa Islam pun timbul beserta dengan pemoralan instrumen kewangan tanpa menyedari hakikat wang dan sistemnya. Dr Mahathir sendiri pernah memberi komen bahawa bursa-bursa saham pun sudah mula menampakkan tabiat judi.

Pengaruh kefahaman tentang riba oleh Abduh sememangnya menular hingga sekarang. Jika begini Abduh mungkin silap kerana fatwa dengan niat baik beliau tidak melepaskan kita dari dipermainkan oleh para spekulator yang boleh bermain dengan kadar faedah untuk faedah mereka. Dalam pada itu mata wang pula boleh dijual beli.

Pengaruh perbicaraan tentang faedah tadi menyebabkan kita tidak boleh balik ke akar umbi mengenai wang dalam Islam. Ramai orang terperangkap dengan pengaruh kefahaman tentang riba yang hanya memperkatakan tentang faedah sahaja. Jika tidak ambil faedah maka sudah lepas dari riba? Jika labelkan Islam pada instrumen riba maka bebaslah kita dari riba?

Persoalan pokok bukannya tentang faedah.Persoalan faedah hanyalah suatu decoy atau umpan untuk memerangkap kita dari zaman Abduh hingga kini. Wang simpanan kita mungkin berbunga (atau untung?) sehingga 100 peratus tetapi sebenarnya faedah atau bunga itu tidak berfaedah langsung jika wang boleh disusut nilai oleh ahli riba.

Di negara jiran, wang disusut nilai sehingga lebih dari 500 peratus lalu mempapa kedanakan rakyat. Jadi wang itu sendiri tiada nilai hakiki. Sekarang kadar faedah pula yang menentukan nilai wang. Jelasnya umpan tadi menyebabkan kita akan terus berdebat tentang faedah dan tidak akan mempertikaikan tentang sistem wang yang sudah tiada sandaran emas lagi. Wang sekarang hanyalah kertas dan signal elektronik yang boleh dijual beli dan bukan lagi barangan sebenar seperti emas dan perak seperti zaman ketika Islam berkuasa. Imam Malik r.a berkata wang mestilah barangan. Wang sekarang bukan barangan dan dengan itu wang sudah mati seperti yang tertulis dalam buku The Death of Money oleh Kurtzman.

Tidak hairan jika faedah itu dikatakan halal kerana ia memang kelihatan ‘halal’ jika sistem ‘wang kertas tanpa sandaran’ yang boleh dispekulasi itu dihalalkan terlebih dahulu. Sistem faedah bank ini hanyalah lanjutan dari penerimaan sistem kertas tanpa sandaran emas dan penyisihan dinar emas dan dirham perak yakni mata wang seperti terdapat di dalam al-Quran.

Sistem wang kertas tanpa sandaran memang didominasi oleh pihak Amerika dan ahli riba melalui wang kertas dolar Amerika. Sistem kertas sepatutnya hanya boleh diterima sebagai ‘fulus’ atau wang pecah. Dalam hal riba ini kerajaan Malaysia telah berani mencabar sistem riba wang kertas dengan menyeru supaya diharamkan jual beli wang.

Kawalan ringgit Malaysia yang dilakukan sekarang menunjukkan kesungguhan kita untuk menjadikan mata wang bebas dari para spekulator dan dengan itu bebas dari ahli riba seperti Soros. Kita juga mahu terlepas dari cengkaman parti riba seperti IMF.

Pembatalan wang kertas RM1000 dan RM 500 sebenarnya suatu langkah yang sangat bersesuaian dalam mengetengahkan dinar dan dirham. Nilai dinar emas buat masa ini adalah tidak lebih dari RM200 maka sekarang dengan pembatalan tadi, sudah tidak ada lagi wang kertas yang melebihi nilai Dinar. Wang kertas paling besar hanyalah RM100.

Sekarang wang kertas sudah mula sesuai dijadikan sebagai ‘fulus’ yakni sebagai ‘duit pecah’ sahaja. Kita berharap dinar dan dirham akan dapat diperkenalkan secara selari dengan fulus (wang kertas yang tidak lebih dari RM100 bersama dengan syiling-syiling logam lain.)

Jika kita perkenalkan dinar dan dirham bermakna kita telah mengembalikan sistem mata wang Islam. Secara serentak wang kertas yang masih ada pun akan tersandar pada emas. Pihak kerajaan boleh menetapkan setiap dinar bersamaan dengan RM200 sebagai contoh.

Maka kita ada sistem yang selari tanpa perlu membuang ringgit Malaysia. Dengan itu kita tidak perlu menjual emas kita untuk ditukarkan dengan dolar Amerika tetapi terus mencair atau meleburkannya untuk ditempa menjadi wang sejati. Inilah liquidity sebenar.

Apabila ini berlaku maka zakat wang yakni dinar dan dirham boleh dengan mudah dikira tanpa merujuk kepada kadar tukaran asing atau harga belian emas.

Menurut kaedah zakat setiap 40 keping dinar yang cukup tempohnya wajib dibayarkan sekeping. Setiap 200 keping dirham pula dibayar 5 keping dirham.

Usaha kerajaan untuk membebaskan kita dari cengkaman riba dengan membuat reformasi sistem kewangan adalah bersesuaian dengan seruan Mufti Mesir, Dr. Nasir Farid Wasil supaya ditegakkan kembali kekuatan ekonomi Islam berasaskan mata wang emas dan perak bagi menggantikan dolar Amerika Syarikat. Maka piawaian baru antara negara-negara Islam ialah dinar dan dirham.

Akhir sekali, sekarang ialah masa untuk golongan Islam tidak kira dari ABIM, JIM, ASASI, Pas, UMNO atau mana-mana pihak sekalipun (termasuklah saudara Anwar) bersama-sama dalam peperangan ke atas riba seperti mana yang diisytiharkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang diperangi oleh Allah dan Rasul-Nya. Ini bukan masa untuk politik peribadi. Inilah reformasi sebenar.

Tindakan yang lebih drastik tetapi menurut fitrah ialah memperkenalkan dinar dan dirham. Ayuh! Dr M. Malaysia Boleh!

Nota: Dinar (syiling emas 22 karat seberat 4.3 gm), dirham (syiling perak seberat 3 gm).

Oleh: DR. HAKIMI IBRAHIM