Archive for the ‘Emas’ category

bukti

January 27th, 2010

kali ni aku nak tunjuk gambar, gambar ni menunjukkan, pengesahan aku sebagai Master Dealer Public Gold. jadi lepas ni bila orang tanya aku, ‘ko ni master agen yang tulin ke?’ aku akan jawap,’tulennn bangggg……’

 

27012010326

27012010325

 

jadi kepada anda yang nak jadi normal agen tu, cepat-cepatlah call aku …. walaupun aku ni nampak sengal, berlagak dan sombong…tapi aku sebenarnya adalah orang yang baik hati dan penyayang…hahahaha.
hubungi aku di 019 640 2315.

Sekian terima kasih.

kategorinya adalah….

January 20th, 2010

cerita tentang keuntungan apabila terlibat dengan emas Public Gold, mengikut kategori.

kategori pembeli atau pelabur atau penyimpan:
1) bagi kategori ni, best sebab korang dapat pegang emas fizikal, memang best yang aku tak tipu punya. beza kalau beli emas dalam bentuk buku akaun ataupun emas maya, korang cuma dapat pegang buku akaun yang cuma tulis/diprint dengan nombor aje, langsung takde beza ngan buku akaun biasa, langsung tak best.

2) kadar peratusan kenaikan harga yang tinggi setiap tahun. fuh! yang ni semua orang tau, harga emas setiap tahun naik, kita anggarkan kadar kenaikan 25% setahun. waaa… banyak tu. kalau simpan ASB? dividen baru 8~9% geng. tu belum tolak kadar inflasi tahunan tu, entah-entah tinggal 4~5% je dividen korang … hahaha, buat rugi aje.

 

kategori normal dealer/agen/pengedar public gold:
1) yang bestnya, dapat komisen bila jual emas Public Gold, 1.5% dari hasil jualan, bagi yang tak sabar nak kaya, mungkin akan cakap, “sikit betul”. tapi bagi orang macam aku, “waaa…ini sudah bagus”, sebab, walaupun sikit, tapi tetap duit. hehehehe. contoh: kalau korang jual emas harga RM10,000, korang dapatla komisen RM150.

2) bila jual balik kepada Public Gold, dapat pulak komisen lagi 0.3% dari hasil penjualan balik emas tersebut kepada Public Gold. contoh lagi:
 harga emas yang nak dijual balik RM10,000, komisennya adalah RM30

3) keuntungan dari perbezaan harga jual beli emas Public Gold, ni yang best cerita nih, senario dia camni:
 bila ada customer nak menjual semula emas PG tu kepada anda sebagai agen, anda akan bayar kepada customer mengikut harga ‘we buy’ kan. spread harga emas PG ni 5~6% kan. so,bila ada customer lain nak beli emas yang sama, anda boleh menjual emas tu pada harga ‘we sell’ pulak. ha…. kan banyak tu. contoh lagi nih:
emas 999.9 berat 20 gram.
harga ‘we sell’ = RM2500
harga ‘we buy’ = RM2350
spread harga 6%
untung anda sebagai agen = RM150(kan banyak tu)

 

kategori master dealer/agen public gold:
1) kategori ni, komisen dia lain macam sikit, dia dapat komisen 2% dari hasil jualan emas. fuh!fuh!fuh!

2) komisen bila jual balik kepada Public Gold adalah 0.5%. fuh!fuh!fuh!

3) boleh melantik normal agen/dealer dibawah tajaannya. fuh!fuh!fuh!

4) memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada agen/dealer dibawah naungannya, (best jadi cikgu kongsi ilmu ni, walaupun mulut sampai berbuih, tapi best)

 

KESIMPULANNYA:
bila korang terlibat dengan emas PG ni, tak kira apa kategori pun, korang mesti untung. sebab, bila korang beli pun untung, korang simpan pun untung, korang jual, lagilah untung. hehehehe.

sekian…..

nota kaki: aku = ahmad azman adalah berada dalam kategori Master Dealer. jadi bagi anda yang ingin membeli emas, atau ingin menjadi dealer/agen, sila hubungi aku di 019 640 2315

aku ni jadi agen?

January 15th, 2010
 

 

 

posting aku kali ni adalah kesinambungan dari posting aku sebelum ni yang bertajuk ‘kronologi belian emas pertama aku’

 

BULAN PERTAMA JADI AGEN:

ok camni ceritanya, bila selepas aku dengan rasminya telah menjadi agen atau dealer Public Gold yang sah, aku jadi blur, sebab aku tak tau macam mana nak mulakan langkah pertama aku sebagai agen Public Gold ni.

tahap ke ‘blur’ an aku berpanjangan sehingga membawa sebulan lebih, dalam waktu tu aku langsung tak buat sales. punyala sedih.

 

so pada suatu hari, pokli call aku, ‘wei man, emas ko dah ada orang beli belum?’ dengan selamba nya aku jawab ‘belum lagila pokli’

lepas tu pokli keluarkan ayat power ‘dah nya ko tak jual, macam mana orang nak beli’. Fuh! memang best ayat tu, aku terus macam baru tersedar dari mimpi. hahahahaha…ye tak ye jugak ek, camne orang nak beli kalau aku tak jual? sah memang sengal aku ni.

 

BULAN KEDUA JADI AGEN:

bermula dari hari tu, aku pun mula la jaja dengan semua orang tentang apa yang aku buat sekarang ni. bila jumpa orang je aku akan cakap, ‘woi, tak nak beli emas dari aku ke?’ (ayat memang kasar habis)…… tapi yang bestnya, berkesan jugak taktik aku tu.

 

pastu aku terpikir, takkan aku nak guna taktik jaja guna mulut sampai tua? aku pun pegila mengendeng dengan isteri aku, agar meminta sedikit belas kasihan dari dia supaya membuatkan aku sebiji blog( aku ni sebenarnya buta dan pekak IT)

 

bila dah ada blog sendiri, blur aku datang balik, hahahha…camna la nak buat script, macam mana pulak nak ubah warna, semua tu memang benda baru bagi aku. tapi takpe, aku bersyukur, sebab aku tau aku ada ramai kawan yang boleh tolong aku dalam benda ni, so dengan jasa baik kawan-kawan aku seperti poklimahsuri dan sabri ahmad , aku dapat belajar serba sedikit tentang cara-cara nak mem blog kan diri aku ni.

 

BULAN KETIGA JADI AGEN:

masuk bulan ketiga, alhamdulillah, sale aku makin meningkat, sebab dengan adanya blog tersebut, sedikit sebanyak, ianya membantu aku dalam memasarkan emas aku nih. hehehehe. dan yang bestnya, ramai customer yang beli emas dari aku,adalah orang yang aku tak kenal, dan aku tak perlu nak berbuih mulut terangkan tentang emas nih.

 

sebab, apa yang aku nampak, semua orang tahu tentang emas, so, taklah banyak sgt kerja aku. aku cuma terangkan berkenaan company public gold, proses cara nak beli emas nih, keistimewaan beli emas, dan lain-lain lagilah.

 

BULAN KEEMPAT JADI AGEN

untuk chapter bulan keempat, aku telah berjaya mencapai target jualan yang membolehkan aku menjadi master agen. waaaaaa….aku memang tak sangka orang sengal macam  aku boleh jadi master agen.hahaha lucu betul. bila dah jadi master agen makin best. sebab komisen aku dah makin tinggi. fuhhh.

 

dan sekarang, kehidupan aku sebagai master agen telah bermula, dan mengharap dapat menempuhi cabaran di hari mendatang.

 

*aku rasa aku nak stop kat sini dulu, sebab aku tengok macam dah panjang je posting aku, sampai aku sendiri pun bosan nak baca.

dan harapan aku lepas ni, aku nak buat sebuah buku, berkenaan perjalanan aku sebagai agen public gold yang ada 1000 muka surat bersaiz buku 555, dan hanya di print sebelah muka surat aje. jadi, tunggulah kemunculan buku yang tak akan muncul ter sebut. terima kasih.

 

 

aturcara majlis seminar krisis kewangan dan peranan emas

January 14th, 2010
 FINANCIAL TURBULANCE AND ROLE OF GOLD
Venue:   Dewan Melawati, Complex Tabung Haji Kelana Jaya
Jalan SS 6/1,Kelana Jaya,47301 Petaling Jaya
Date:      16 January 2010 (Saturday)
Time:      8.30a.m to 5.00p.m
TIME
                       DESCRIPTION
8.30a.m – 9.30a.m
 
9.30a.m – 10.30a.m
 
 
 
10.30a.m – 11.30a.m
 
 
 
 
11.30a.m – 12.30p.m
 
 
 
 
12.30p.m – 2.00p.m
 
2.00p.m – 3.00p.m
 
 
 
 
 
3.00p.m – 4.00 p.m
 
 
 
4.00p.m – 5.00 p.m
Registration & Breakfast
 
Louis Ng Executive Chairman,
Public Fine Gold International Sdn Bhd
Title: Why Physical Gold?
 
Prof Umar Ibrahim Vadillo
President of World Islamic Mint
Title:  The Economic Revolution of the Islamic Gold Dinar
 
Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera
Faculty of Economic an Science Management
University Islam International Malaysia
Title: World Economy 2010 and Gold
 
Lunch
 
Nik Mahani Mohamed
Executive Chairman of Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Title: Gold Dinar of Kelantan as Alternative in This Century
 
Dato’ Mohd Salleh Bin Abdul Majid
Bekas Presiden Bursa Malaysia
Title: Gold as An Alternative Investment
 
Mahaguru Syukor Bin Hashim
www.jutawanemas.com
Title: Revealing the Secret of Gold Investment

selalu soalan tanya (FAQ)

January 6th, 2010

1) S: emas betul ke ni?
J : apa pulak tak betulnya, aku dah siap pegi pajak kat ar rahnu bank rakyat, diorang dah siap test lagi, lagi satu Public Gold sertakan sekali sijil ketulenan. apa nak takut?

2) S: kalau dah beli emas ni, nak simpan kat mana?
J: mmmm…simpanla kat tempat rahsia, sembunyikan, jgnla pulak lepas beli ko kecoh satu kampung atau satu bangunan flet yg ko ni beli emas. diam-diam sudah…..kalau tak pun ko boleh simpan kat safe deposit box, bayar je charge tahunan.

3) S: ada minimum buying tak? ke nak kena jadi ahli baru boleh beli emas Public Gold ni?
J: takde minimum buying, ko beli satu dinar pun aku layan, dan jugak, ko tak perlu jadi ahli atau agen, kalau nak beli emas public gold ni.

4) S: camne nak beli emas Public Gold ni?
J: ko boleh beli emas ni dari agen Public Gold yang sah macam aku, cara nak beli ko boleh check kat SINI

5) S: nanti kalau aku nak jual balik emas ni pada sapa pulak?
J: heheheh..itu takde masalah, ko boleh jual balik pada agen yang jual pada ko, atau mana-mana agen Public Gold yang sah macam aku, ataupun ko boleh pergi sendiri ke cawangan Public Gold. itulah kelebihan emas aku ni.

6) S: Bank Negara kacau tak?
J: huhu…company ni cuma jual dan beli emas keluaran diorang aje, takde ’skim’  atau agenda tersembunyi, sama aje dengan kedai emas, diorang pun jual dan beli emas jugak, bezanya,Public Gold lantik agen atau dealer untuk jual emas.

7) S: Public Bank pun jual emas ni ke?
J: Public bank dengan Public Gold tak sangkut paut wooo…

8) S: macam mana aku nak tau harga emas Public Gold ni?
J: kalau ko nak tau harga emas Public Gold ni, ko boleh check kat website www.publicgold.com.my untuk harga goldbar dan jugak kat www.publicdinar.com untuk harga goldcoin dinar. ataupun ko boleh guna sms dengan menghantar ‘public gold’ atau ‘public dinar’ pastu hantar ke 32828.

9) S: bila waktu sesuai nak beli emas ni?
J: bagi aku , waktu yang sesuai ialah bila dah ada duit,beli aje trus, ataupun bila ko rasa harga emas tu dah turun sikit, ko beli aje, sebab ko nak simpan lama kan……so beli ajelah…hehehhe.

10) S: mana lagi bagus? goldbar (emas 999.9) atau dinar (emas 916)?
J: kalau ko tanya aku, aku akan cakap dua-dua pun bagus, sebab dua-dua jenis tu pun emas jugak.

11) S: kenapa panjang sangat FAQ ko ni?
J: sukati akula, blog aku.