|
TIME
|
DESCRIPTION
|
|
8.30a.m – 9.30a.m
9.30a.m – 10.30a.m
10.30a.m – 11.30a.m
11.30a.m – 12.30p.m
12.30p.m – 2.00p.m
2.00p.m – 3.00p.m
3.00p.m – 4.00 p.m
4.00p.m – 5.00 p.m
|
Registration & Breakfast
Louis Ng Executive Chairman,
Public Fine Gold International Sdn Bhd
Title: Why Physical Gold?
Prof Umar Ibrahim Vadillo
President of World Islamic Mint
Title: The Economic Revolution of the Islamic Gold Dinar
Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera
Faculty of Economic an Science Management
University Islam International Malaysia
Title: World Economy 2010 and Gold
Lunch
Nik Mahani Mohamed
Executive Chairman of Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Title: Gold Dinar of Kelantan as Alternative in This Century
Dato’ Mohd Salleh Bin Abdul Majid
Bekas Presiden Bursa Malaysia
Title: Gold as An Alternative Investment
Mahaguru Syukor Bin Hashim
www.jutawanemas.com
Title: Revealing the Secret of Gold Investment
|
Archive for the ‘Pembangunan Diri’ category
aturcara majlis seminar krisis kewangan dan peranan emas
January 14th, 2010seminar krisis kewangan dan peranan emas
December 24th, 2009Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kepada semua pembaca blog saya, disini saya ingin membuat satu pengumuman yang menarik.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas, anda boleh menyertai Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas yang akan dianjurkan oleh Public Gold pada 16 Januari 2010 nanti.
Seminar ini bertujuan mendedahkan kepada anda keadaan ekonomi dunia sekarang dan bagaimana emas boleh menjadi pelaburan yang selamat dan menguntungkan untuk anda.
Maklumat lanjut boleh dibaca kat bawah:

Untuk pengetahuan anda, panel penceramah untuk seminar ini terdiri daripada pakar-pakar di dalam bidang masing masing.
Diantara penceramah yang dijemput:

YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid
Bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur
(sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia)
Tajuk: Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan

Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera
Faculti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tajuk: Ekonomi Dunia 2010 Dan Emas

Louis Ng.
Pengerusi Eksekutif,
Public Fine Gold International Sdn Bhd
Tajuk: Kenapa Anda Patut Memiliki Emas Fizikal?

Nik Mahani Mohamed
Pengarah Eksekutif, Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Tajuk : Emas Dinar Kelantan Sebagai Alternatif Di Abad Ini

Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com – Blog yang menyingkap kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
Bagaimana mendaftar ke seminar ini?
Anda boleh menyertai seminar ini dengan yuran sebanyak RM50 sahaja. Tempat adalah terhad kepada 500 peserta sahaja dan bergantung kepada first come first served basis.
Untuk menempah tempat, sila hubungi ahmad azman di 019 640 2315 atau email di jeman_hicky@yahoo.com, dan sertakan sekali nama penuh dan no kad pengenalan anda. jangan lupa salinan slip pembayaran ya!.
untuk pembayaran yuran pendaftaran anda boleh bank-in kan ke akaun di bawah:
CIMB - 12210040280528
MAYBANK - 162058713349
PETA LOKASI SEMINAR
seminar emas datang lagi
December 16th, 2009yezzaaa…..seminar datang lagi. di bawah adalah senarai lokasi yang akan diterjah. semua dijemput hadir ya.
Schedule of Public Gold Seminar:
Day Date Time Town Venue
Sat 19.12.09 8pm-10pm Sungai Petani Park Avenue Hotel
Sun 20.12.09 8pm-10pm Butterworth Pearl View Hotel
Sat 26.12.09 8pm-10pm Kota Bahru Grand Riverview Hotel
Sun 27.12.09 8pm-10pm Kuala Terengganu Ming Star Hotel
Sat 02.01.10 8pm-10pm Johor Bahru J. A. Residence Hotel
Details of Venue:
• Park Avenue Hotel
Jati room,Level 2
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-431 7777
• Pearl View Hotel
Pearl 6 (Level 5)
Jalan Baru, Seberang Prai,
13700 Butterworth, Penang.
Tel: 04-398 9888
• Grand Riverview Hotel
Dewan Congkak (1stFloor)
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988
• Ming Star Hotel
Dewan Tanjung 2 – Level 1
217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-622 8666
• J. A. Residence Hotel
(Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
Hall J.A. Residence
18, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-221 3000
masuk adalah PERCUMA/FREE
berminat tempat terhad
jemputan majlis ilmu
November 6th, 2009ok, di sini aku nak buat pengumuman sikit, ada majlis ilmu yang akan diadakan di uia, pada hari selasa,10 november 2009.pembesar suara/speakernya adalah dr.Umar Ibrahim Vadillo. anda semua dijemput hadir. sila klik gambar di bawah untuk detail yang lebih jelas. atau anda boleh lihat di blog cik mimi disini
http://anordinarygirlyourordinarygirl.blogspot.com/2009/11/invitation.html

kemasukan adalah percuma, jadi jemputlah datang ye
satanic finance
October 23rd, 2009artikel ni saya copy dari saudara nik amin di laman facebook nya. http://www.facebook.com/note.php?note_id=157831439919&comments . artikel ni di olah dari sebuah buku yang diterbitkan di Indonesia yang bertajuk ‘Satanic Finance’ . mari kita kongsi ilmu bersama. memang panjang sikit artikel ni. tapi berbaloi untuk di baca.
Satanic FinanceShare
Monday, October 19, 2009 at 9:42pm
Sebuah buku yang di karang oleh A.Riawan Amin yang diterbitkan Celestial publishing bertajuk Satanic Finance sangat menarik perhatian penulis. Buku yang menceritakan hal yang jarang diketahui umum, hal yang tersembunyi atau disembunyikan. Buku ini menjelaskan tentang bagaimana ‘ sekelompok ‘ manusia
menggunakan sistem kewangan kapitalis sekarang ini untuk kepentingan pribadi. Mereka sengaja merancang sistem sedemikian rupa dan mengembar gemburkan yang ia adalah sistem terbaik, sistem yang harus diguna pakai untuk mencapai kemodenan. Namun realiti sekarang membuktikan sistem tersebut tidaklah sebaik yang diperkatakan malah ia berkerja umpama bom jangka. Sampai ke suatu titik ianya akan meletup.
Sistem kapitalis ini terdiri dari 3 tiang utama. (3 pillars of Evil)
1. Fiat Money ( Wang kertas )
2. Reserve fractional requirement
3. Interest ( Riba )
1. Fiat Money ( wang kertas ), adalah sejenis matawang yang dikeluarkan oleh sebuah kerajaan / negara yang mana nilai mata wang tersebut hanya terletak pada undang undang yang menyatakan ia sah sebagai medium jual beli. Namun pada dasarnya ia tidak mempunyai nilai lebih dari sekeping kertas biasa . Keadaan ini menyebabkan ianya terdedah kepada manipulasi dan spekulasi.
Fiat money ini diguna secara meluas pada Revolusi Amarika dan semasa perang civil Amarika. Mata wang ini yang juga dikenal sebagai ‘ greenback ‘ pada waktu tersebut masih tertakluk pada Akta pengembalian 1875 ( Akta yang menyatakan fiat money mempunyai nilai / dapat ditukar dengan emas
( 35 US dollar bersamaan dengan 1 ounce emas ).
Apa akhir perang dunia ke-2 (1939 – 1945) satu persidangan yang disertai kebanyakan negara bersekutu telah diadakan di Bretton Woods, New Hampshire bertujuan untuk mewujudkan sistem kewangan yang baru bagi menggantikan sistem emas yang mengalami kejatuhan akibat kemelesetan ekonomi dunia ( Great depression ). Hasil daripada persidangan tersebut
i. Terwujudnya IMF (internatio€nal monetary fund)
ii. US dollar ( Fiat money ) memainkan peranan yang penting dalam sistem kewangan dunia.
iii. Kebanyakan negara bersetuju untuk menggunakan dollar sebagai standard mata wang dunia dengan syarat Amarika juga bersetuju US dollar boleh diktukar ke emas mengikut kadar yang ditetapkan
(35 US dollar = 1 ounce emas )
Namun pada 18 Disember 1971 satu lagi persidangan diadakan di Smithsonian Institution di Washington DC (Smithsonian Agreement). Dalam perjanjian itu Amarika dibawah Presiden Richard Nixon membuat keputusan secara unilateral menamatkan perjanjian Bretton Wood dimana berakhirlah sistem Bretton Wood yang mengikat US dollar dengan emas. Sejak dari itu dollar US terus menguasai sistem kewangan dunia tanpa sebarang ikatan dengan apapun.
2. Reserve fractional requirement (RFR) adalah sebuah polisi yang dikenakan kerajaan kepada semua bank yang beroperasi didalam negara. Polisi ini menetapakan fraksi minimun daripada jumlah wang simpanan pelanggan sebagai cadangan. Fraksi minimun yang dikenakan setiap bank adalah berbeza
mengikut peratusan. Sebagai contoh pada Bank A RFR adalah 10% , wang simpanan RM100 yang disimpan di bank hanya perlu 10 % disimpan sebagai cadangan ( Bank hanya diwajibkan menyimpan RM 10 ). Baki 90 % (RM 90) pihak bank dapat digunakan sebagai pinjaman kepada pelanggan yang memerlukan pinjaman wang. Keadaan ini menjadikan bank juga sebagai salah satu faktor yang mempunyai pengaruh kepada jumlah wang ( money supply). Bayangkan sejumlah RM 100,000,000 disimpan di sebuah bank dengan kadar RFR sebesar 10 %. berapa banyak Bank menghasilkan wang 90 % daripada RM 100,000,000 ?. Jumlah wang ( money supply ) mempunyai kesan yang besar kepada kestabilan ekonomi.
3. Bunga / Riba. Mungkin hal ini ramai yang sudah mengetahui terutama dikalangan Muslim yang dilarang mengamalkan riba’.Secara mudah riba adalah bayaran yang dikenakan oleh peminjam kepada si peminjam apabila meminjamkan wangnya. Bagi mereka yang berfahaman kapitalis hal ini adalah
wajar kerana bagi mereka segalanya ada nilai harganya berbeza dengan pandangan Islam dimana konsep meminjam didasarkan kepada nilai keikhlasan dan sikap tolong menolong.
Ketiga tiga tiang sistem kapitalis ini bekerja serentak dan hasil daripada sistem ini penulis memetik kata kata pakar ekonomi Josesh A schumpeter
‘ Perkembangan ekonomi di dalam masyarakat kapitalis berarti kehancuran ‘
Keseimbangan ekonomi ditentukan oleh beberapa faktor. Pakar pakar ekonomi akan merujuk kepada formula yang dikenal sebagai ‘equation of exchange’
MV = PY
M : Money supply
V : Velocity of money distibution
P : Price of the output (product/service)
Y : Real output (quantity of product/service)
Untuk mencapai kestabilan ekonomi formula tersebut harus berada dalamkeadaan seimbang. Nilai MV dan PY harus sama bagi mengelak kemelesetan ekonomi. Dalam realiti sistem kapitalis bank-bank ‘menghasilkan’ wang dengan cara melipatgandakan wang simpanan pelanggan ( reserve fracional
requirement + interest ), keadaan ini mengakibatkan nilai M (money supply) meningkat. Untuk lebih mudah memahami anggaplah bahawa nilai V (kecepatan pengedaran wang di pasaran) tetap. Nilai P (harga produk / jasa) dan Y (kuantiti produk / jasa) juga harus meningkat bagi mengimbangi peningkatan (M) (V). Sifat dari Y (kuantiti produk / jasa ) adalah terbatas dimana ia mempunyai satu titik maksimum. Keadaan ini menyebabkan nilai P ( harga poduk / jasa) harus dinaikkan bagi mengelak terjadinya kemelesetan ekonomi. Keadaan ini dinamakan Inflasi.
Malaysia pernah mengalami keadaan ini pada tahun 1997 hasil daripada kelemahan Fiat money yang sangat mudah untuk dimanupulasikan oleh penyangak penyangak mata wang (G.Soros). Krisis kewangan 1997 menyebabkan banyak negara jiran mengalami kemelesetan ekonomi dan terpaksa berhutang dengan along antarabangsa ( IMF ) yang juga menerapkan sistem bunga yg tinggi. Apabila hutang hutang tidak terbayar maka aset aset negara terpaksa digadaikan. Itulah mekanisme ‘ mereka ‘ berkerja.
menguasai dunia bukan hanya melalui senjata. Kesan yang jelas di mata kita adalah kemiskinan. Ini juga matlamat ‘ mereka ‘, memiskinkan terutama negara negara Islam. Hadis Nabs SAW ada mengatakan ‘ Kemiskinan itu mendekati kekufuran’.
Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada kita bersama. Mengetahui dan menyebarkan juga adalah suatu usaha yang mulia. Insyallah.
Ps – sekiranya terdapat kesalahan penulis memohon maaf, mari bersama kongsi ilmu.
