29 oktober 2009 pukul 10.30 malam.
malam tu aku dan isteri ada membuat lawatan sambil minum-minum dan curik-curik belajar ke rumah makcik nik mahani,tujuan sebenar ialah nak jumpa cik mimi sebenarnya, tapi aku ambik kesempatan nak tanya lagi pada makcik mahani, cerita tentang dinar dan perkembangannya. kat bawah ni aku listkan, perkara yang kami ‘borak-borakkan’:
Hasil perbincangan dengan makcik mahani semalam aku dapat berfikir punca sebenar kpd masalah utama yg dihadapi banyak Negara kat dunia sekarang (chewah, percakapan gaya seorang menteri).
kenapa masih wujud kemiskinan di zaman serba canggih. Ambik contoh tanahair kita sendiri, ada lrt, erl, airbus (now everyone can fly…tapi x semua kan?), hypermarket, shopping complex merata2, tapi kenapa masih ada rancangan Bersamamu TV3? Adanya Bersamamu membuktikan masih wujud saudara2 kita yang sampai ketahap lebih teruk dari kais pg mkn pg, kais ptg makan ptg. Kenapa masih ada ‘kasta’ dlm masyarakat kita? Terlampau kaya, kaya, sederhana, miskin, terlampau miskin?
Aku jumpa jawapannya semalam. Aku jumpa penyelesaian kpd sindrom miskin ni semalam. Solution yang tepat ialah “zakat harus dilaksanakan dalam bentuk dinar dan dirham”.
Kenapa aku ckp mcmtu? Sebenarnya bukan aku yang bagi jawapan tu. Syariah islam dah prepare jawapan utk kemelut kemiskinan ni. Kenapa zakat perlu dalam bentuk dinar/dirham bukan dalam bentuk duit kertas, cek berpalang, melalui potongan gaji dan yang seumpama dengannya? Kenapa dinar/dirham?
Jawapannya senang, sebab benda-benda yang tersebut diatas tidak bernilai. Amboi, senang sungguh jawapan aku kan? Cuba pegang betul2 duit yang berkepuk2 dalam wallet korang tu? Buat daripada apa? Kertas kan? Cuba rasa betul2, duit RM1 dengan duit RM100, kertas yang sama kan? So, tang mana ‘value’ duit tu wujud kalau RM1 dengan RM100 guna kualiti kertas yang sama?
Tang proses ‘dipaksa-percaya’ or dalam bahasa omputihnya ‘make-believe’. Kita di paksa utk mempercayai yang kertas boleh bernilai RM1, RM5, RM10, RM50, RM100… berbagai2 nilai walaupun menggunakan kertas yang sama. Kita dikaburi dan termakan kata dengan bank Negara yang meyakinkan kita bahawa “WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI… dot dot dot”.
Maka bayarlah kita zakat menggunakan duit kertas, dari zaman airport subang yang sekangkang kera sampailah ke zaman klia yang canggih tahap gaban, kita masih jugak bayar zakat (guna duit kertas jugak). Tapi, korang perasan tak? Time mula2 proton keluarkan proton saga, takde pon rancangan Bersamamu? Kenapa time proton sampai dah keluarkan MPV arini, makin byk program2 yang selevel dengan Bersamamu? Bukan ke itu menunjukkan kemiskinan semakin menjadi? Kenapa jadi macamtu? Pakar ekonomi akan kata ‘sebab nilai matawang kita jatuh’. Mungkin pakar ekonomi ni pernah escape kelas time belajar dulu. Macamana lah dia boleh nilai kan duit dengan kertas, aku pon tak tau.
Cuba imagine zakat dibayar dalam bentuk dinar (emas) dan dirham (perak). 2 logam yang jelas sifatnya dan nilainya. 1 dirham di zaman Rasulullah SAW membolehkan orang di zaman itu membeli seekor ayam. 1 dirham zaman sekarang pon MASIH BOLEH beli seekor ayam. Tak pecaya? Betul, nilai 1 dirham sekarang bersamaan dengan ±RM10.00 , kan boleh beli sekor ayam? Beza zaman Rasulullah dengan sekarang ialah 1400 tahun tau.
Cuba twist sikit. RM1 hari ini ditahun 2009 bole beli apa kalau nak dibandingkan pada tahun 1989? Tahun 1989 aku pegi sekolah bawak duit 30 sen bole beli nasi lemak air sirap dalam cawan plastic. RM1 ialah belanja sekolah untuk 3 hari. Hari ini, nasik lemak RM1 ialah nasi lemak seciput, bilis seciput, telur dadar tipis gila, timun kdg2 ada kdg2 xde.Kenapa bole jadi mcmtu? Sbb nilai matawang kita jatuh? Salah, sebab matawang kita x bernilai. Beza cuma 20 tahun. Bayangkan kalau 1400 tahun dulu? Kalau ikut kata pakar ekonomi, aku rasa 1400 tahun lepas RM1 bole beli rumah kot. Betul x?
Ok skrg cuba luaskan sikit lagi konteks pemikiran kita, bukak sikit lagi, kupas lagi. Awal2 tadi kan gaya cerita dah macam menteri. Menteri mestilah bersifat globalisasi. Ok, awal2 tadi aku ckp masalah kemiskinan kat tanahair kita bole diatasi malahan dihapuskan dengan perlaksanaan zakat dalam bentuk dinar/dirham kan? Sekarang kalau aku cakap system ekonomi dunia boleh dipulihkan dan kita semua akan hidup aman damai kalau matawang satu dunia (bukan 1Malaysia shj) menggunakan 1 matawang yang seragam iaitu dinar & dirham, korang nak percaya x?
Ambik satu contoh. Kenapa wujud European Union? Kenapa wujud matawang Euro? Kewujudan matawang Euro telah melenyapkan 16 matawang lain dunia. Mana ada dah kita dengar duit nama lira, franc, koruna… semua dah diganti dengan Euro. Kenapa 16 negara2 ni bersetuju bersatu menggunakan 1 matawang iaitu Euro?
Sebab mereka mahu ekonomi Negara mereka bertambah maju. Mereka tak mahu dibayangi kuasa gergasi USD. Bukankah bersatu bertambah mutu? Betul. Negara2 EU dah membuktikan mereka boleh eliminate kadar tukaran wang asing, sbb skrg masing2 guna currency yang sama. Bila dah eliminate kadar tukaran wang asing, pertumbuhan ekonomi semakin berkembang, import eksport lebih mudah, peluang pekerjaan bertambah banyak dan mcm2 perkara positif yang timbul hingga menjadikan Euro the 2nd most powerful currency in the world (USD masih no1).
Cuba fikir kenapa warga Indonesia sanggup naik tongkang minum air laut masin semata2 nak dtg cari rezki halal kat Negara kita? Boleh diibaratkan gaji kerani yang duduk mengadap pc dalam opis ada air-cond setaraf dengan gaji diorang yang kerja kat tgh panas, banting tulang 4 kerat. Sebab apa? Sebab diorang percaya pada kadar tukaran matawang yang akan menguntungkan bilamana mereka membawa balik RM untuk ditukar dengan Rupiah.
Bayangkan alangkah indahnya dunia kalau semua Negara dunia mengamalkan 1 currency yang seragam, mcm yg negara2 EU buat. Dan alangkah masyuknya kalau matawang itu ialah dinar & dirham, emas dan perak, bukan duit kertas yang tertulis USD, Pound, RM, Yen dan sewaktu dengannya. Takde lagi orang Malaysia merempat duduk bawah jambatan, takkan ada kanak2 Afrika yang kebuluran, takde dah orang Jepun bunuh diri akibat stress kerja keras tapi x kaya2 jgk.
Fikir2kanlah.