once upon a time, iaitu pada hari isnin lepas, aku pergi Agro bank cawangan banting, dengan menaiki motor dengan angin sepoi-sepoi ribut (sebab bawak motor 110 km/jam) dengan berbekalkan seketul goldbar 20 gram dan satu ketul satu dinar di dalam poket…..sambil menyanyi…lalalala…
bila sampai bank tu, aku tanya pada uncle pegawai keselamatan (safety executive) “uncle,kaunter mana nak buat arrahnu, kena ambik nombor giliran tak?” . uncle tu jawap,”tak payah ambik nombor,u pegi itu pintu,turus pigi bilakang”. waaaaa….ini sudah bagus…tak perlu tunggu giliran, hehehe…
aku pun masuk la pintu tu, terus jumpa dengan pegawai bank yang menguruskan arrahnu untuk hari tersebut. aku pun mulalah menggunakan skil ayat-ayat power dengan pegawai tu, seakan-akan aku tengah interview dia masuk kerja di Agro Bank. hehehe…
mula-mula aku tanya sama ada agro bank terima tak, goldbar keluaran Public Gold, then akak tu cakap diorang terima, selagi emas tu ada sijil ketulenan dan mempunyai nombor siri. 1st part ni aku dah gembira, hihihi….pastu aku pun bagila goldbar pada dia, dan dia pun buatla kerja dia sebagai pegawai arrahnu dengan menimbang dan menguji ketulenan emas tu…..sampailah dia selesai buat kira-kira berapa marhun dan nilai pinjaman yang akak tu nak bagi kat aku.
bila dah selesai kerja timbang dan menimbang, aku pun keluarkan 1 dinar dari poket aku dan tunjukkan pada dia, dengan berdialog begini:
aku: kak, benda ni boleh pajak tak?
dia: apa benda tu?
aku: ni dinar kak, tapi senang cakap, benda ni emas.
dia: owh ye ke…..ada nombor siri dengan sijil ketulenan tak?
aku: eh mestilah ada, tapi nombor siri pada emas takde la pulak.
dia: mmmm…kami tak terima, kalau takde no siri pada emas tu dik.
aku: biar betul kak, abis tu, apa pasal agro bank cawangan lain boleh terima kak?(ntah ye ntah tidak,aku pun tak tau sebenarnya, sedikit lakonan diperlukan disini), baik akak tanya pengurus cawangan ni.
dia: ok2, akak tanya sekarang, ko ni bukan betul, kang tau-tau aje report kat HQ.
aku: ish, aku taklah jahat sampai camtu sekali nak pegi report pada HQ kak, tapi kalau akak tak tanya pengurus akak, aku pegi report jugak la…hahhaha….
dan selepas beberapa minit aku tunggu sehingga cendawan shitake hampir-hampir tumbuh kat kepala aku, kakak tu kembali dengan perkhabaran gembira, mengatakan yang mereka menerima dinar keluaran Public Gold, dan mesti disertakan dengan sijil ketulenan……wahahahaha…ini berita gembira yang kedua semasa aku berada di dalam bank tersebut.
jadi kepada anda semua yang berada berhampiran banting, bolehla memajak emas keluaran Public Gold di Agro bank ya, jangan pening-pening kepala nak pegi jauh-jauh…hehehe
dan maklumat yang aku dapat hasil dari aku memajak emas tu adalah:
nilai pinjaman: 65% dari nilai marhun
upah simpanĀ : 75sen dari rm100, ataupun 0.75% dari nilai pinjaman/bulan
tapi ada benda yang sedikit tak best, Agro bank letakkan nilai goldbar lebih murah daripada barang kemas. nilai yang aku dapat untuk emas 999 goldbar adalah RM118.20/gram………
jadi sekian dari aku untuk kali ini, kita jumpa lagi pada minggu hadapan , pada waktu dan tempat yang sama….dalam rancangan…..beli emas banyak-banyak dari jeman. sekian, terima kasih.
komen dari jeman: aku rasa dialog kat atas tu boleh buat drama 25 episod tu…..panjang betul, kahkahkah