hari ini dalam kalendar

July 18th, 2010 by jeman Leave a reply »

aku tulis hari ahad,18 julai 2010, sebelah malam.

fuwah!….jadual hari ni sungguh penuh bagi aku…..

jam 9.00 pagi: start kereta untuk panaskan enjin kereta…niat dihati nak pegi cawangan PG di sunway untuk menghadirkan diri ini ke seminar pelaburan emas dan sampai disana dalam pukul sepuluh…..tapi yang aku heran, aku sampai sana pukul 10.15…..bila aku ingat balik , rerupanya aku byk buang masa kat petronas, isi minyak, cucuk duit dan bawak kereta laju sikit dari kuda sakit kaki.

jam 10.15 pagi: sampai opis PG, aku tengok takde satu muka pun yang biasa aku nampak….dan aku berbisik dalam hati “cis! sengal punya dasar jantan kabaret, tak datang korang hari nih”(ayat ni aku tujukan kepada pokli , pokya dan puan nurul ) . aku duduk kat sofa dan tunggu agen/dealer aku sampai, pastu sampai jugak agen/dealer bawah rangkaian aku yang sempat menghadirkan diri (atau melarikan diri dari bini)  iaitu en syahidan dan en. shafiruz . tapi kami tak dapat masuk dalam bilik seminar, sebab sambutan hangat dari orang ramai, sampai penuh tempat duduk.

jam 11.00 macam tengahari: seminar pun habis, para peserta seminar pun keluar dari bilik, dan kami mulalah bercerita kepada peserta yang masih blur2 lagi tentang emas nih, kih3….sesi bercerita ni memang best, sebab jumpa ramai orang baru, muka baru. lagi best bila dapat tolong agen2 baru yang ada permasalahan yang diorang tak faham.

jam 2.00 petang: aku balik rumah. tido

jam 4.00 petang: masih tido

jam 5.00 petang: separa tido

jam 6.00 petang: buat delivery emas

jam 9.00 malam: buat delivery emas jugak , pegi sampai dua tempat.

jam 11.00 malam: aku buat posting nih.

fuh! selesai sudah diari aku untuk hari nih….

pengajaran untuk cerita diatas: takde pengajaran langsung pun dalam posting kali ni….aku saja je nak buang masa aku ngan masa korang yang baca posting ni….hahahahahahha

Advertisement

1 comment

  1. pokli says:

    aku ada family day isteri di Port Dickson
    sorry tak dapat join…..huhuhuhu

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree