istilah arrahnu

November 14th, 2009 by jeman Leave a reply »

istilah2 arrahnu

 1)marhun=nilai emas yang kita nak pajakkan, nilai tersebut ialah, berat emas , kita darab atau kalikan dengan harga semasa emas ikut rate Bank Rakyat.

cara mengira: berat emas 100 gram, ketulenan 999.9/24k. harga semasa bagi emas 24k = RM142.00.

perkiraannya ialah, 100 gram x rm142 = RM14200.00. jadi nilai MARHUN nya ialah RM14200.00.

 2)jumlah pinjaman=jumlah pinjaman yang kita boleh dapat dari nilai marhun tersebut, ada sesetengah tempat bagi 60%, ada pulak yang bagi 65% daripada jumlah nilai marhun. ianya bergantung kepada budi bicara atau syarat pengurusan arrahnu tersebut.

cara mengira: kita andaikan jumlah yang diberi pinjam, adalah 65% daripada nilai marhun RM14200.00.

perkiraannya 65% x RM14200 = RM9230.00. jadi nilai pinjamannya ialah RM9230.00.

3)upah simpan= kos yang perlu dibayar kepada pihak bank atau pihak yang menyediakan sistem arrahnu. nilai upah simpan,dikira berdasarkan pada nilai marhun, bukan pada nilai pinjaman. ada sesetengah tempat mengenakan 0.65% hingga 0.85% caj upah simpan untuk sebulan.

 cara mengira: kita andaikan caj yang dikenakan adalah 0.75%/bulan.

jadi 0.75% x RM14200.00 = RM106.50 kos upah simpan untuk sebulan ialah RM106.50.

4)tempoh simpanan= tempoh simpanan kebiasaan nya adalah selama 6 bulan. kita juga boleh mengambil barang pajakan lebih awal,untuk mengurangkan kos upah simpan. kalau nak, tempoh simpanan boleh kita lanjutkan selepas 6 bulan, dan tempoh lanjutan bergantung kepada peraturan dan syarat yang di kenakan oleh ar rahnu tersebut.

permasalalahan yang mungkin timbul di sesetengah tempat yang menyediakan ar rahnu.

1) tidak menerima gold bar atau wafer.

2) tidak menerima emas yang tertera gambar haiwan atau manusia.

3) menggunakan penyepit besi sewaktu menguji berat dan ketulenan emas.

4) memerlukan resit asal atau ‘original’ dari pengeluar emas tersebut.

5) memberikan nilai pinjaman yang rendah dari nilai marhun.

6) alat penguji berat dan ketulenan yang tidak di ‘calibrate’.

7) pegawai ar rahnu yang tak tahu tentang ar rahnu. (hahahaha, yang ni paling best)

 

Nota: jadi, kepada sesiapa yang berniat nak membuat ar rahnu, anda di nasihatkan supaya bertanya dulu cawangan bank atau koperasi yang menyediakan ar rahnu, kerana tak semua cawangan mempunyai peraturan dan syarat yang sama. sekian, terima kasih.

Advertisement

4 comments

  1. lepak says:

    menarik info ni

  2. jeman says:

    kongsi pengetahuan. ini adalah maklumat secara rambang sebenarnya. sebab banyak sangat perbezaan dan versi diantara bank dan koperasi yang menyediakan ar rahnu ni.

  3. AZG says:

    salam. sy still baru ttg pelaburan emas ni. nak tanya ttg ar-rahnu: kos simpan 6 bulan, katakan sy dah selesaikan, lepas tu boleh ambik balek emas tu atau tu kira sy dah jual/gadai kpd bank/koperasi? terima kasih.

  4. jeman says:

    ohh…selepas AZG dah selesaikan semua pinjaman dan kos upah simpan. dah tentu awak boleh ambil balik emas yang dipajak tu.

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree