nak bayar senang?

July 25th, 2010 by jeman Leave a reply »

hmmmm….dah lama Public Gold buat cara Easy Payment Purcahase(EPP) ataupun senang bayar beli nih. tapi aku rasa aku tak pernah terangkan kat dalam blog aku ni. Jadi malam ni, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku terangkan caranya.


langkah pertama: check harga emas semasa di website Public Gold atau di Public Dinar (kalau korang nak beli dinar). kalau korang nak beli, korang kena rujuk pada harga “we sell” ya, kat blog aku ni pun ada tunjuk harga semasa Public Gold sebenarnya….kalau korang takde laluan internet, call je aku di 019 640 2315.


langkah kedua: bila korang dah puas hati dengan harga yang tertera, cepat2 lah call aku untuk ‘lock’ harga, jangan tunda2 untuk call aku, sebab harga di website PG tu akan refresh setiap 20 minit(kalau tak silap aku la ya). dan sila pastikan, semasa buat panggilan tu, korang nyatakan sekali, yang korang nak buat easy payment purchase, atau ayat senang, nak bayar ansur ya!


langkah ketiga: sila sertakan butir diri anda seperti nama penuh, no telefon dan no kad pengenalan bertoknologi tinggi anda.


terma dan syarat bayar ansur:


1. kena bayar 4 kali ansuran, bermakna, kena bayar selama 4 bulan, iaitu, bayar sebanyak 25% daripada harga emas pada setiap bulan tu.


2. pembayaran pertama kena buat sejurus sahaja korang lock harga dengan dealer ya, paling lewat pun keesokan harinya.


3. akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.5% daripada harga keseluruhan emas yang korang beli. caj ni korang kena bayar semasa korang buat pembayaran untuk bulan yang pertama ya.


4. emas yang korang beli, akan diserahkan kepada korang selepas selesai pembayaran.


5. kalau korang nak selesaikan awal pon bullih. contoh, bulan pertama bayar 25% bulan kedua korang bayar bakinya yang 75% tu.




aku aku rasa sampai sini je kot…nanti kalau ada apa2 perubahan aku tambah atau adjust lagi, jangan lupa letak link blog aku di ruangan favourite korang ya…hehehehe

Advertisement

3 comments

  1. pokli says:

    saya nak lock 1 kilo boleh bang?

  2. edrina79 says:

    berminat….on lagi ker :)

  3. jeman says:

    rina….semestinya on, dan terima kasih atas pembelian 1 dinar tersebut

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree