jangan tengok

August 29th, 2010 by jeman No comments »

gambar best

August 17th, 2010 by jeman No comments »

salam semua, aku saja nak tunjukkan perbezaan harga emas masa mula-mula dulu aku beli emas Public Gold

gambar 1) – ini adalah invoice masa aku jadi agen, bertarikh 26/8/2009. sedap tengok harga masa tu. sila klik gambar untuk dibesarkan.

gambar 2 & 3) – gambar menunjukkan harga emas keluaran Public Gold pada tarikh 17/8/2010. hampir setahun gak tu
rasa seronok bila tengok harga emas yang menaik nih, masa aku nak jadi agen, modal yang diperlukan hanya sebanyak RM32,000.00, dan sekarang, jumlah yang perlu anda bayar untuk jadi agen adalah mencecah sehingga RM40,000.00…….pergh…..meleleh…
bagi anda semua, jangan sangka, kalau nak beli emas Public Gold ni kena beli satu set emas atau kena jadi agen baru boleh beli emas keluaran syarikat ni ya. aku tunjuk ni sebab,cuma nak tunjuk kadar kenaikan emas untuk setahun, hihihi….senang cakap testimoni sebenar. jadi, sampai sini dulu ya, wasalam.

saksikan….

August 11th, 2010 by jeman No comments »

nak bayar senang?

July 25th, 2010 by jeman 3 comments »

hmmmm….dah lama Public Gold buat cara Easy Payment Purcahase(EPP) ataupun senang bayar beli nih. tapi aku rasa aku tak pernah terangkan kat dalam blog aku ni. Jadi malam ni, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku terangkan caranya.


langkah pertama: check harga emas semasa di website Public Gold atau di Public Dinar (kalau korang nak beli dinar). kalau korang nak beli, korang kena rujuk pada harga “we sell” ya, kat blog aku ni pun ada tunjuk harga semasa Public Gold sebenarnya….kalau korang takde laluan internet, call je aku di 019 640 2315.


langkah kedua: bila korang dah puas hati dengan harga yang tertera, cepat2 lah call aku untuk ‘lock’ harga, jangan tunda2 untuk call aku, sebab harga di website PG tu akan refresh setiap 20 minit(kalau tak silap aku la ya). dan sila pastikan, semasa buat panggilan tu, korang nyatakan sekali, yang korang nak buat easy payment purchase, atau ayat senang, nak bayar ansur ya!


langkah ketiga: sila sertakan butir diri anda seperti nama penuh, no telefon dan no kad pengenalan bertoknologi tinggi anda.


terma dan syarat bayar ansur:


1. kena bayar 4 kali ansuran, bermakna, kena bayar selama 4 bulan, iaitu, bayar sebanyak 25% daripada harga emas pada setiap bulan tu.


2. pembayaran pertama kena buat sejurus sahaja korang lock harga dengan dealer ya, paling lewat pun keesokan harinya.


3. akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.5% daripada harga keseluruhan emas yang korang beli. caj ni korang kena bayar semasa korang buat pembayaran untuk bulan yang pertama ya.


4. emas yang korang beli, akan diserahkan kepada korang selepas selesai pembayaran.


5. kalau korang nak selesaikan awal pon bullih. contoh, bulan pertama bayar 25% bulan kedua korang bayar bakinya yang 75% tu.




aku aku rasa sampai sini je kot…nanti kalau ada apa2 perubahan aku tambah atau adjust lagi, jangan lupa letak link blog aku di ruangan favourite korang ya…hehehehe

hari ini dalam kalendar

July 18th, 2010 by jeman 1 comment »

aku tulis hari ahad,18 julai 2010, sebelah malam.

fuwah!….jadual hari ni sungguh penuh bagi aku…..

jam 9.00 pagi: start kereta untuk panaskan enjin kereta…niat dihati nak pegi cawangan PG di sunway untuk menghadirkan diri ini ke seminar pelaburan emas dan sampai disana dalam pukul sepuluh…..tapi yang aku heran, aku sampai sana pukul 10.15…..bila aku ingat balik , rerupanya aku byk buang masa kat petronas, isi minyak, cucuk duit dan bawak kereta laju sikit dari kuda sakit kaki.

jam 10.15 pagi: sampai opis PG, aku tengok takde satu muka pun yang biasa aku nampak….dan aku berbisik dalam hati “cis! sengal punya dasar jantan kabaret, tak datang korang hari nih”(ayat ni aku tujukan kepada pokli , pokya dan puan nurul ) . aku duduk kat sofa dan tunggu agen/dealer aku sampai, pastu sampai jugak agen/dealer bawah rangkaian aku yang sempat menghadirkan diri (atau melarikan diri dari bini)  iaitu en syahidan dan en. shafiruz . tapi kami tak dapat masuk dalam bilik seminar, sebab sambutan hangat dari orang ramai, sampai penuh tempat duduk.

jam 11.00 macam tengahari: seminar pun habis, para peserta seminar pun keluar dari bilik, dan kami mulalah bercerita kepada peserta yang masih blur2 lagi tentang emas nih, kih3….sesi bercerita ni memang best, sebab jumpa ramai orang baru, muka baru. lagi best bila dapat tolong agen2 baru yang ada permasalahan yang diorang tak faham.

jam 2.00 petang: aku balik rumah. tido

jam 4.00 petang: masih tido

jam 5.00 petang: separa tido

jam 6.00 petang: buat delivery emas

jam 9.00 malam: buat delivery emas jugak , pegi sampai dua tempat.

jam 11.00 malam: aku buat posting nih.

fuh! selesai sudah diari aku untuk hari nih….

pengajaran untuk cerita diatas: takde pengajaran langsung pun dalam posting kali ni….aku saja je nak buang masa aku ngan masa korang yang baca posting ni….hahahahahahha