![]()
Sedar atau tidak kita sudah sampai ke penghujung ramadhan, kalau yang jadi guru esok dah cuti, tapi huaaa esok kerja lagi.
Alah, biasala kerja sampai menjelang raya alah bisa tegal biasa. Rakan-rakan sekalian, sempena hari raya ini ada sedikit peringatan untuk renungan bersama. Sebelum balik kampung , confirmkan dulu semua pintu , tingkap sudah dimangga dengan solex. Kalau jiran sebelah tak balik, minta tolong la beliau menengok-nengok rumah anda.
Pergi balai polis berdekatan, beritahu mereka bahawa anda akan bercuti ke kampung selama 7 hari(tuan polis saya minta cuti, boleh yee).
Kepada kaum wanita dan perempuan semasa berada di kampung atau pasar raya, jangan terlalu menonjolkan barang kemas anda samada yang di lengan, dileher di kaki, jaga-jaga ye maling tidak berbau, kalau ada banyak barang kemas pakai sikit-sikit sudah, selebihnya buat pelaburan emas sudah tentu selamat dan bertambah duit.
Biar banyak melabur emas dari banyak beli barang kemas.
Selamat hari raya maaf zahir batin
