artikel ni saya copy dari saudara nik amin di laman facebook nya. http://www.facebook.com/note.php?note_id=157831439919&comments . artikel ni di olah dari sebuah buku yang diterbitkan di Indonesia yang bertajuk ‘Satanic Finance’ . mari kita kongsi ilmu bersama. memang panjang sikit artikel ni. tapi berbaloi untuk di baca.
Satanic FinanceShare
Monday, October 19, 2009 at 9:42pm
Sebuah buku yang di karang oleh A.Riawan Amin yang diterbitkan Celestial publishing bertajuk Satanic Finance sangat menarik perhatian penulis. Buku yang menceritakan hal yang jarang diketahui umum, hal yang tersembunyi atau disembunyikan. Buku ini menjelaskan tentang bagaimana ‘ sekelompok ‘ manusia
menggunakan sistem kewangan kapitalis sekarang ini untuk kepentingan pribadi. Mereka sengaja merancang sistem sedemikian rupa dan mengembar gemburkan yang ia adalah sistem terbaik, sistem yang harus diguna pakai untuk mencapai kemodenan. Namun realiti sekarang membuktikan sistem tersebut tidaklah sebaik yang diperkatakan malah ia berkerja umpama bom jangka. Sampai ke suatu titik ianya akan meletup.
Sistem kapitalis ini terdiri dari 3 tiang utama. (3 pillars of Evil)
1. Fiat Money ( Wang kertas )
2. Reserve fractional requirement
3. Interest ( Riba )
1. Fiat Money ( wang kertas ), adalah sejenis matawang yang dikeluarkan oleh sebuah kerajaan / negara yang mana nilai mata wang tersebut hanya terletak pada undang undang yang menyatakan ia sah sebagai medium jual beli. Namun pada dasarnya ia tidak mempunyai nilai lebih dari sekeping kertas biasa . Keadaan ini menyebabkan ianya terdedah kepada manipulasi dan spekulasi.
Fiat money ini diguna secara meluas pada Revolusi Amarika dan semasa perang civil Amarika. Mata wang ini yang juga dikenal sebagai ‘ greenback ‘ pada waktu tersebut masih tertakluk pada Akta pengembalian 1875 ( Akta yang menyatakan fiat money mempunyai nilai / dapat ditukar dengan emas
( 35 US dollar bersamaan dengan 1 ounce emas ).
Apa akhir perang dunia ke-2 (1939 – 1945) satu persidangan yang disertai kebanyakan negara bersekutu telah diadakan di Bretton Woods, New Hampshire bertujuan untuk mewujudkan sistem kewangan yang baru bagi menggantikan sistem emas yang mengalami kejatuhan akibat kemelesetan ekonomi dunia ( Great depression ). Hasil daripada persidangan tersebut
i. Terwujudnya IMF (internatio€nal monetary fund)
ii. US dollar ( Fiat money ) memainkan peranan yang penting dalam sistem kewangan dunia.
iii. Kebanyakan negara bersetuju untuk menggunakan dollar sebagai standard mata wang dunia dengan syarat Amarika juga bersetuju US dollar boleh diktukar ke emas mengikut kadar yang ditetapkan
(35 US dollar = 1 ounce emas )
Namun pada 18 Disember 1971 satu lagi persidangan diadakan di Smithsonian Institution di Washington DC (Smithsonian Agreement). Dalam perjanjian itu Amarika dibawah Presiden Richard Nixon membuat keputusan secara unilateral menamatkan perjanjian Bretton Wood dimana berakhirlah sistem Bretton Wood yang mengikat US dollar dengan emas. Sejak dari itu dollar US terus menguasai sistem kewangan dunia tanpa sebarang ikatan dengan apapun.
2. Reserve fractional requirement (RFR) adalah sebuah polisi yang dikenakan kerajaan kepada semua bank yang beroperasi didalam negara. Polisi ini menetapakan fraksi minimun daripada jumlah wang simpanan pelanggan sebagai cadangan. Fraksi minimun yang dikenakan setiap bank adalah berbeza
mengikut peratusan. Sebagai contoh pada Bank A RFR adalah 10% , wang simpanan RM100 yang disimpan di bank hanya perlu 10 % disimpan sebagai cadangan ( Bank hanya diwajibkan menyimpan RM 10 ). Baki 90 % (RM 90) pihak bank dapat digunakan sebagai pinjaman kepada pelanggan yang memerlukan pinjaman wang. Keadaan ini menjadikan bank juga sebagai salah satu faktor yang mempunyai pengaruh kepada jumlah wang ( money supply). Bayangkan sejumlah RM 100,000,000 disimpan di sebuah bank dengan kadar RFR sebesar 10 %. berapa banyak Bank menghasilkan wang 90 % daripada RM 100,000,000 ?. Jumlah wang ( money supply ) mempunyai kesan yang besar kepada kestabilan ekonomi.
3. Bunga / Riba. Mungkin hal ini ramai yang sudah mengetahui terutama dikalangan Muslim yang dilarang mengamalkan riba’.Secara mudah riba adalah bayaran yang dikenakan oleh peminjam kepada si peminjam apabila meminjamkan wangnya. Bagi mereka yang berfahaman kapitalis hal ini adalah
wajar kerana bagi mereka segalanya ada nilai harganya berbeza dengan pandangan Islam dimana konsep meminjam didasarkan kepada nilai keikhlasan dan sikap tolong menolong.
Ketiga tiga tiang sistem kapitalis ini bekerja serentak dan hasil daripada sistem ini penulis memetik kata kata pakar ekonomi Josesh A schumpeter
‘ Perkembangan ekonomi di dalam masyarakat kapitalis berarti kehancuran ‘
Keseimbangan ekonomi ditentukan oleh beberapa faktor. Pakar pakar ekonomi akan merujuk kepada formula yang dikenal sebagai ‘equation of exchange’
MV = PY
M : Money supply
V : Velocity of money distibution
P : Price of the output (product/service)
Y : Real output (quantity of product/service)
Untuk mencapai kestabilan ekonomi formula tersebut harus berada dalamkeadaan seimbang. Nilai MV dan PY harus sama bagi mengelak kemelesetan ekonomi. Dalam realiti sistem kapitalis bank-bank ‘menghasilkan’ wang dengan cara melipatgandakan wang simpanan pelanggan ( reserve fracional
requirement + interest ), keadaan ini mengakibatkan nilai M (money supply) meningkat. Untuk lebih mudah memahami anggaplah bahawa nilai V (kecepatan pengedaran wang di pasaran) tetap. Nilai P (harga produk / jasa) dan Y (kuantiti produk / jasa) juga harus meningkat bagi mengimbangi peningkatan (M) (V). Sifat dari Y (kuantiti produk / jasa ) adalah terbatas dimana ia mempunyai satu titik maksimum. Keadaan ini menyebabkan nilai P ( harga poduk / jasa) harus dinaikkan bagi mengelak terjadinya kemelesetan ekonomi. Keadaan ini dinamakan Inflasi.
Malaysia pernah mengalami keadaan ini pada tahun 1997 hasil daripada kelemahan Fiat money yang sangat mudah untuk dimanupulasikan oleh penyangak penyangak mata wang (G.Soros). Krisis kewangan 1997 menyebabkan banyak negara jiran mengalami kemelesetan ekonomi dan terpaksa berhutang dengan along antarabangsa ( IMF ) yang juga menerapkan sistem bunga yg tinggi. Apabila hutang hutang tidak terbayar maka aset aset negara terpaksa digadaikan. Itulah mekanisme ‘ mereka ‘ berkerja.
menguasai dunia bukan hanya melalui senjata. Kesan yang jelas di mata kita adalah kemiskinan. Ini juga matlamat ‘ mereka ‘, memiskinkan terutama negara negara Islam. Hadis Nabs SAW ada mengatakan ‘ Kemiskinan itu mendekati kekufuran’.
Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada kita bersama. Mengetahui dan menyebarkan juga adalah suatu usaha yang mulia. Insyallah.
Ps – sekiranya terdapat kesalahan penulis memohon maaf, mari bersama kongsi ilmu.

i forgot where i get, but if u want, feel free emel me, i give a template